PENYERTAAN TAPAK PAMERAN

Muat Turun Disini
  • MAKLUMAT AM MENGENAI TAPAK PAMERAN DAN PROSEDUR

    1. Lokasi

    Dewan Kristal, TM Convention Center Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur

    2. Tarikh

    Disember 3 dan 4, 2019 (Selasa dan Rabu)

    3. Jenis Tapak Pameran

    Rekabentuk Skim Shell (3mx3m) – Sila rujuk jadual di bawah untuk maklumat lengkap.

    Termasuk:

    • White laminated plywood panel system

    • Fascia board with cut out vinyl sticker for company name & booth number

    • Needle punch carpet


    • 2-unit florescent light

    • 1-unit 13amp power socket point

    • 2-unit folding chairs

    • 1-unit information counter

    • 1-unit wastepaper basket

    4. Faedah kepada Pempamer

    Setiap pempamer akan mendapat:
    • Maklumat mengenai pempamer di dalam buku program mengenai produk atau perkhidmatan (150 patah perkataan bagi setiap 9 sq meter)

    • Kemasukan secara percuma ke tapak pameran oleh klien dan klien yang berpotensi

    5. Terma Bayaran

    1. Deposit 50% dari jumlah pakej perlu dibayar sebelum pengesahan tapak diberi. Baki bayaran perlu dibuat sebelum November 27, 2019

    2. Bayaran dibuat atas nama “PROJKRM SDN. BHD.”




    3. Akaun Bank : 5643 4262 0271
      Alamat Bank : No 1, 3, 5, 7 & 9,
      Jalan Medan Tuanku 1,
      Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur

    4. Kod Swift : MBBEMYKL
    5. (Salinkan salinan rekod transaksi sebagai bukti bayaran. Emelkan kepada htpn.jkr@gmail.com perhatian Ms.TJ – 018 2327554)

    6. Sistem Pemilihan Tapak Pempamer

    Pemilihan tapak pameran adalah berdasarkan kepada bayaran yang diterima seperti mana terma bayaran.

    7. Tarikh Tutup

    Borang penyertaan secara dalam talian di https://tinyurl.com/hptn2019 perlu diisi dengan lengkap dan disertakan dengan bukti bayaran sebelum November 20, 2019.

    8. Cas Pembatalan

    Caj pembatalan berikut akan dikenakan untuk setiap tapak pameran yang dibatalkan mengikut jadual berikut:

    PEMBATALAN DITERIMA CAS PEMBATALAN
    Sebelum 14 November 2019 Sebelum 14 November 2019
    Selepas 14 November 2019 100% dari yuran tapak

    9. Peralatan Tambahan dan Kelengkapan Elektrik

    Peralatan tambahan boleh ditempah daripada kontraktor rasmi penganjur dan tempahan perlu dibuat sebelum November 27, 2019. Caj tambahan 50% akan dikenakan selepas dari tarikh di atas dan caj 100% sekiranya dibuat semasa tarikh pemasangan (tertakluk kepada ketersediaan). Manual logistik pempamer termasuk borang tempahan untuk peralatan tambahan dan kelengkapan elektrik akan diberikan kepada pempamer yang sah.

    10. Masa Pemasangan

    Isnin, 2 Disember 2019 …... 4.00 pm hingga 7.00 pm

    11. Masa Penanggalan

    Rabu, 4 Disember 2019 .….. 5.30 pm hingga 7.00 pm

    12. Liabiliti dan Insurans

    Walaupun pihak penganjur akan melakukan yang terbaik untuk memastikan keselamatan kawasan tersebut, pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kehilangan atau kecurian barangan pameran. Pihak pempamer bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan keselamatan barangan pameran dan diinsuranskan.

    13. Kontraktor Rasmi Penganjur

    Pempamer yang membuat tempahan tapak sahaja dan akan memasang sendiri ruang pameran dimestikan menghubungi kontraktor rasmi penganjur. Pihak penganjur akan menghantar maklumat lengkap mengenai peraturan dan prosedur kepada pempamer yang sah.

    14. Penganjur mempunyai hak mutlak untuk menerima atau menolak penyertaan yang diterima.

    15. Pihak penganjur mempunyai hak sepenuhnya untuk meminda peraturan– peraturan ini pada bila-bila masa di bawah budi bicara mutlaknya.

    16. Pendaftaran dan penyertaan ini bermakna anda menerima peraturan–peraturan ini. Para peserta bersetuju untuk bekerjasama dan mengikut semua arahan daripada pihak penganjur mengenai tapak pameran ini dan penyiarannya.

    17. Semua keputusan pihak penganjur adalah muktamad. Sebarang perbincangan atau surat menyurat tidak akan dilayan.

    18. Kegagalan pihak penganjur untuk menguatkuasakan sebarang terma dan syarat khas dalam apa-apa keadaan tidak akan menimbulkan situasi di mana tuntutan boleh dibuat oleh mana-mana pihak.

    19. Pihak penganjur berhak untuk menamatkan dan membatalkan tapak pameran ini pada bila-bila masa di bawah budi bicara mutlaknya dan tanpa liabiliti kepada sesiapa pun.

    20. Peserta pameran bertanggungjawab memastikan kebersihan tapak pameran sebelum, semasa dan juga selepas program

    21. Peserta perlu memastikan peralatan, perkakas serta kemudahan yang akan disediakan oleh pihak penganjur dalam keadaan yang baik. Jika berlaku sebarang kerosakan terhadap mana-mana peralatan, perkakas serta kemudahan yang disediakan, pihak peserta pameran boleh dikenakan tindakan ganti rugi.

    22. Peserta pameran bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan pengunjung serta pembantu semasa ianya berlangsung. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecelakaan atau kecederaan. Ia diletakkan sebagai kecuaian pihak peserta pameran.

    PERTANYAAN?

    Sebarang pertayaan mengenai pameran boleh dirujuk dengan pihak penganjur atau urus setia program. Sila hubungi urus setia penganjur di bawah untuk tempahan pameran anda:

      1. Pn.Zamzarina Mohd Sarin
      014 644 2779
      zamzarina.jkr@1govuc.gov.my

      2. Ir.Mohammad Nizan Bin Edris
      03 4051 8118/8119
      mnzian.jkr@1govuc.gov.my

      3. Cik Khadijah (Finance)
      018 232 7554
      hptn.jkr@gmail.com

      4. Pn Hani
      012 715 4943
      snurhani.jkr@1govuc.gov.my
  • Portfolio name