Majlis Pra Perasmian HPTN 2019

26 November 2019, Pusat Konvensyen TM, 2.30 petang.

Daftar Penyertaan

Imbas QR Code untuk mendaftar penyertaan atau klik https://bit.ly/34nJkYW untuk mendaftar.

Butiran Lanjut

Daftar Tapak Pameran

Imbas QR Code untuk mendaftar tapak pameran atau klik DI SINI untuk mendaftar.

Butiran Lanjut

Latar Belakang Program

Kerajaan telah mengumumkan Hari Profesion Teknikal Negara disambut pada hari Sabtu minggu pertama Disember setiap tahun bagi menghargai jasa Profesion Teknikal atas sumbangan mereka terhadap kemajuan infrastruktur, pembangunan dan pemodenan negara.

Bidang teknikal termasuk Kejuruteraan, Sains, Teknologi, Seni bina dan Ukur.

Sambutan dan Pelancaran Hari Profesion Teknikal Negara ini akan diadakan pada 3 dan 4 Disember 2019 yang akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Pusat Konvensyen Telekom Malaysia.

Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang 2 hari sambutan tersebut, antaranya:

1. Pameran Teknikal, Kerjaya dan Akademik

2. Pembentangan Teknikal, Akademik dan Selebriti. Antara Selebriti yang dijemput untuk memberi ceramah adalah:

  1. Dato’ Norman bin Abdul Halim (Animasi KRU Studio)

  2. Nurizzati Athirah binti Muhamad Yusoff (Jurukimpal Dasar Laut Wanita Pertama Negara)

  3. Datuk Ir. Hj. Wan Nazri bin Wan Aria (Perekabentuk Menara Jam Mekah)

  4. Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha (Angkasawan Negara)

3. Pertandingan E-Sport

4. Pertandingan Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM) antara sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi.

Anda semua dijemput untuk hadir. Pendaftaran adalah PERCUMA.





Aturcara Program